ALATAN PERCUMA
Hasilkan Terma Perkhidmatan yang Kukuh dengan Penjana Kami
Dasar Terma Perkhidmatan tersuai untuk laman web anda
Untuk melindungi laman web, syarikat dan pelanggan anda, anda perlu menyatakan terma penggunaan anda dalam bahasa yang jelas, ringkas dan mudah difahami. Templat terma dan syarat kami yang ringkas boleh menjana dasar Terma Perkhidmatan tersuai untuk perniagaan anda serta-merta.
Selepas dasar Terma Perkhidmatan percuma anda dijana, anda boleh terus menyesuaikan dan membuat pelarasan sehingga dasar tersebut menjadi sempurna. Isikan borang yang ringkas di bawah untuk bermula.
Dapatkan dasar Terma Perkhidmatan anda serta percubaan percuma Shopify
Templat sampel ini bukan nasihat guaman dan dengan menggunakannya, anda bersetuju menerima
Dasar privasi
Dasar privasi diwajibkan oleh undang-undang di kebanyakan negara dan hal ini juga merupakan cara yang terbaik untuk membina kepercayaan pelanggan.
Dasar bayaran balik
Bina nama baik dan yakinkan pelanggan bahawa mereka mendapat nilai yang berbaloi dengan wang mereka.
Soalan Lazim
Dasar terma dan syarat, yang juga dikenali sebagai Terma Perkhidmatan atau terma penggunaan, ialah dokumen sah yang dibangunkan untuk melindungi syarikat. Dasar ini memberitahu pelanggan anda tentang perkara yang akan diwajibkan ke atas mereka di sisi undang-undang jika mereka menggunakan perkhidmatan anda (termasuk laman web dan aplikasi mudah alih).
Dasar terma dan syarat tidak diwajibkan oleh undang-undang seperti dasar privasi. Walau bagaimanapun, jika berlaku pertikaian undang-undang, dasar terma dan syarat mungkin membantu syarikat di mahkamah.
Dasar terma dan syarat sering kali merupakan laman web yang dipautkan dari pengaki sesuatu laman web, berserta dasar privasi. Pengaki ialah unsur reka bentuk konsisten yang dilihat merentasi semua halaman laman web.
Alat penjana dasar Shopify yang percuma ini dibangunkan dan disemak oleh pakar perundangan. Alat ini mudah untuk digunakan, untuk bermula:
- Masukkan e-mel dan maklumat syarikat anda
- Tunggu dasar anda yang diperibadikan tiba di peti masuk anda
- Sesuaikan dasar anda berdasarkan cadangan yang diberikan
Penjana dasar ini ialah alat percuma yang ditawarkan oleh Shopify kepada perniagaan. Hal ini bermakna tiada kos untuk menggunakannya. Kami menawarkan penjana dasar yang berikut pada masa ini:
- Dasar privasi
- Dasar bayaran balik
- Terma dan syarat