ALATAN PERCUMA
Penjana dasar pemulangan percuma
Templat dasar bayaran balik untuk laman web anda
Dasar bayaran balik atau pemulangan yang baik boleh membantu melindungi syarikat anda dan memenangi kepercayaan pelanggan anda, tetapi memastikan bahasa anda jelas dan ringkas adalah amat penting. Templat dasar pemulangan kami boleh membantu memudahkan penjanaan dasar bayaran balik atau pemulangan yang profesional dan sedia untuk digunakan.
Masukkan butiran anda ke dalam penjana dasar bayaran balik di bawah dan kami akan menghantar e-mel yang mengandungi dasar tersuai yang percuma untuk syarikat anda.
Dapatkan dasar bayaran balik anda berserta percubaan percuma Shopify
Contoh templat ini bukanlah nasihat guaman dan dengan menggunakannya, anda bersetuju menerima
Dasar privasi
Dasar privasi diwajibkan oleh undang-undang di banyak negara dan dasar tersebut juga merupakan cara yang hebat untuk membina kepercayaan pelanggan.
Dasar terma perkhidmatan
Memberikan panduan kepada pelawat anda tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh mereka semasa membeli-belah di laman anda.
Soalan Lazim
Dasar bayaran balik, juga dikenali sebagai dasar pemulangan, ialah dokumen yang memaklumkan pelanggan anda tentang cara syarikat anda menguruskan bayaran balik atau pemulangan produk yang anda jual. Dasar syarikat mengenai bayaran balik atau pemulangan adalah sepenuhnya mengikut budi bicara, bermakna tiada kewajipan undang-undang untuk menawarkan bayaran balik atau pemulangan. Walau bagaimanapun, hampir semua syarikat runcit menawarkan beberapa bentuk bayaran balik atau pemulangan kerana langkah ini mewujudkan keadilan (cth., jika produk cacat) dan membina kepercayaan antara penjual dengan pembeli. Selalunya, anda boleh menemukan dasar bayaran balik dalam talian di laman web syarikat dan pada resit pembelian.
Dasar bayaran balik tidak diwajibkan oleh undang-undang seperti dasar privasi. Walau bagaimanapun, hampir semua syarikat runcit menawarkan beberapa bentuk bayaran balik atau pemulangan kerana hal ini mewujudkan keadilan (cth., jika produk cacat) dan membina kepercayaan antara penjual dengan pembeli. Menawarkan pemulangan dan bayaran balik dianggap sebagai amalan perniagaan terbaik, dan pelanggan mungkin memilih atau tidak memilih untuk membeli-belah di kedai anda berdasarkan dasar bayaran balik anda.
Dasar bayaran balik boleh bersifat agak ringkas. Dasar ini tidak perlu menjadi dokumen undang-undang, seperti dasar privasi atau terma dan syarat. Dasar bayaran balik patut menjawab soalan yang berikut:
- Berapa lamakah masa yang pelanggan ada untuk memulangkan item?
- Dalam keadaan apakah item boleh dipulangkan?
- Adakah bayaran balik akan diberikan, dan jika ya, berapa banyak dan jenis apa (cth., kredit kedai atau bayaran balik)?
- Bagaimanakah proses pertukaran berfungsi?
- Adakah anda menerima pemulangan atau bayaran balik untuk item jualan?
- Siapakah yang akan membayar kos pengiriman?
Alat penjana dasar percuma Shopify dibangunkan dan disemak oleh pakar undang-undang. Alat ini mudah untuk digunakan, untuk bermula:
- Masukkan e-mel dan maklumat syarikat anda
- Tunggu sehingga dasar yang diperibadikan dihantar ke peti masuk anda
- Sesuaikan dasar anda berdasarkan cadangan yang diberikan
Penjana dasar ialah alat percuma yang ditawarkan oleh Shopify kepada perniagaan. Hal ini bermakna penggunaan alat ini tidak melibatkan sebarang kos. Terdapat beberapa penjana dasar percuma lain yang tersedia untuk digunakan daripada Shopify:
- Dasar privasi
- Dasar bayaran balik
- Terma dan syarat