Sistem POS
Point of sale untuk setiap jualan
Daripada jualan pertama hingga skala penuh, jenama terbaik hari ini dikuasakan oleh sistem POS Shopify.
Sudah mempunyai kedai Shopify? Log masuk untuk menyediakan Shopify POS
Memperkasakan peruncit daripada setiap saiz

Satu kedai
Jual di kedai dengan perkakasan, perisian yang disepadukan serta pembayaran terbina dalam.

Berbilang kedai
Perkemas operasi dengan pengurusan data, pelaporan dan inventori yang disatukan.

Dalam perjalanan
Gunakan perkakasan wayarles untuk menjual di kedai sementara, pasaran dan banyak lagi.
Segala-galanya yang anda perlukan
di kedai, dalam talian dan banyak lagi
Kuasa untuk menjual secara bersemuka dengan sokongan kuasa untuk menjual dalam talian, semuanya melalui platform perdagangan terbaik di dunia.

Satu tempat untuk mengurus perniagaan anda merentasi semua lokasi anda, secara bersemuka dan dalam talian.
Perisian POS untuk jualan yang lancar di kedai dan di acara.
Platform untuk menjual di mana-mana sahaja pelanggan membeli-belah: dalam talian, di media sosial dan banyak lagi.
Soalan lazim
Titik jualan atau POS, ialah sistem yang digunakan untuk memproses transaksi dan menerima pembayaran secara bersemuka.
Dengan Shopify POS, perniagaan runcit mendapat semua alat yang diperlukan untuk mengurus operasi harian, menerima pembayaran di mana-mana sahaja dan membina hubungan untuk mewujudkan kesetiaan pelanggan. Namun, kelebihan Shopify bukan sekadar terhad untuk kedai runcit anda. Melalui penyelesaian e-dagang yang berkuasa dan turut disertakan bersama-sama, Shopify menyatukan jualan di kedai dan dalam talian untuk merapatkan jurang antara laman web, media sosial serta sistem POS anda. Fungsi ini membolehkan anda menyegerakkan inventori di mana-mana sahaja anda menjual dan menawarkan pilihan membeli-belah yang lancar untuk pelanggan seperti penghantaran tempatan, kirim kepada pelanggan, pengambilan di kedai dan troli e-mel.

Terdapat pelbagai jenis sistem POS—sistem yang sesuai untuk anda bergantung pada keperluan perniagaan anda. Anda boleh membina apa-apa jua jenis sistem POS dengan Shopify POS.
Sistem POS atas kaunter adalah paling sesuai untuk kedai fizikal yang kekal. Sistem atas kaunter menyertakan perisian untuk membolehkan pelanggan membuat pembayaran berserta perkakasan untuk mengambil pembayaran dan biasanya sistem ini boleh ditemui di atas kaunter jualan. Hal ini membolehkan peruncit mencipta pengalaman pembayaran yang lancar iaitu semua aksesori untuk mengisi produk ke dalam beg mudah diakses.
Sistem POS mudah alih pula lebih baik untuk perniagaan yang membuat jualan di acara seperti kedai sementara, pasaran dan ekspo perdagangan. Sistem POS mudah alih membolehkan peruncit memproses transaksi di mana-mana sahaja pelanggan mereka berada. Kebiasaannya, sistem ini menggabungkan perisian dan perkakasan POS ke dalam satu peranti pegang tangan. Bagaimanapun, banyak perniagaan fizikal juga mula menggunakan pembayaran mudah alih di kedai mereka sebagai cara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka.
Sistem POS berbilang saluran membolehkan peruncit menjual di kedai serta dalam talian dan mengambil peluang membuat jualan omnisaluran untuk menukar lebih ramai pembeli. Contohnya, melalui sistem POS berbilang saluran, pelanggan boleh membeli dalam talian dan mengambil pembelian mereka di kedai anda—atau mereka boleh membeli di kedai dan meminta agar pembelian tersebut dihantar ke rumah mereka. Pembeli hari ini mengutamakan pengalaman membeli-belah omnisaluran, maka sistem POS berbilang saluran merupakan alat yang berkuasa.
Contoh sistem POS boleh ditemui di hampir setiap kedai runcit. Pada kebiasaannya, sistem ini terdiri daripada tablet atau komputer untuk menjalankan perisian POS, terminal pembayaran untuk menerima pembayaran kredit dan debit serta laci wang tunai untuk menerima pembayaran wang tunai serta memulangkan baki. Sistem ini juga mungkin merangkumi aksesori seperti pencetak resit dan pengimbas kod bar.

Point of sale Shopify adalah cukup fleksibel untuk menyokong pelbagai perniagaan pada mana-mana fasa pertumbuhan. Peruncit yang mendapat nilai yang paling tinggi daripada Shopify POS ialah mereka yang menjual produk secara bersemuka dan juga dalam talian. Menghubungkan jualan di kedai dengan jualan dalam talian dapat membantu anda menyegerakkan inventori, pembayaran serta pelanggan agar anda dapat memudahkan tugas harian dan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih baik.
Shopify merupakan platform lengkap untuk menjalankan perniagaan. Tidak kira tempat anda membuat jualan, sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian, Shopify ialah pusat arahan anda untuk mengurus produk dan pesanan, menerima pembayaran serta membina perhubungan dengan pelanggan. Pejabat belakang yang disatukan membolehkan anda membuat jualan dari kedai runcit, kedai sementara, laman web, di saluran media sosial atau di pasaran dalam talian sambil memastikan semuanya kekal berhubung. Ini bermakna anda boleh menawarkan pilihan membeli-belah yang fleksibel seperti beli dalam talian, ambil di kedai atau beli di kedai, kirim kepada pelanggan.
Shopify POS bersambung dengan pejabat belakang yang berkuasa tersebut untuk merekod jualan secara bersemuka dan memastikan agar data inventori, pembayaran serta pelanggan disegerakkan sepenuhnya apabila anda merekod jualan dari kedai runcit anda. Melalui Shopify, tindakan menggabungkan jualan di kedai dengan jualan dalam talian membantu anda memudahkan tugas berkaitan inventori, mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap aliran tunai dan mendekati semula pelawat di kedai menerusi pemasaran dalam talian. Aplikasi POS yang intuitif dan mudah alih turut memudahkan anda menyegerakan proses pembayaran dan membantu pelanggan di mana-mana sahaja, sama ada di ruang jualan mahupun sewaktu dalam perjalanan.

Anda boleh menggunakan Shopify POS di hampir setiap negara di dunia. Namun begitu, untuk memanfaatkan faedah Shopify POS sepenuhnya, kami mengesyorkan anda untuk menggunakan Shopify Payments bersama-sama perkakasan Shopify POS bersepadu yang mana kedua-duanya hanya tersedia di rantau terpilih. Untuk mengetahui sama ada Shopify Payments dan perkakasan Shopify POS tersedia di tempat anda, sila semak negara dan rantau yang disokong di Pusat Bantuan Shopify.
Menjual dengan lebih baik melalui Shopify POS
Sudah mempunyai Kedai Shopify? Log masuk untuk menyediakan Shopify POS