Ciri titik jualan

Ciri POS walau di mana-mana jua anda menjual

Tablet POS terletak di kaunter runcit yang menjalankan Shopify POS pada paparannya.

Ciri

Jualan omnisaluran

Tawarkan pengalaman beli-belah yang lancar kepada pelanggan anda, di kedai, dalam talian dan di mana-mana jua

Ambil di kedai Pro

Urus dan penuhi pesanan pengambilan di kedai secara terus dari Shopify POS.

Beli di kedai dan kirim Pro

Buat jualan di kedai dan kirimkan pesanan terus kepada pelanggan dari mana-mana tempat anda mempunyai inventori. Cukai dan kadar pengiriman dikira secara automatik semasa pembayaran.

Beli dalam talian, buat pertukaran dan pulangkan di kedai Pro

Terima pertukaran untuk pembelian yang dibuat dalam talian atau di lokasi lain dan inventori anda akan dikemas kini serta-merta.

Penghantaran tempatan Pro

Urus dan penuhi pesanan penghantaran tempatan yang dibuat dalam talian secara terus dari Shopify POS anda.

Kod QR produk

Lampirkan kod QR pada produk supaya pelanggan boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk mengetahui lebih lanjut dan membuat pembelian dalam talian.

Hantar troli untuk dibeli dalam talian Pro

Hantar e-mel yang mengandungi item yang diminati pelanggan tetapi tidak dibeli di kedai kepada mereka.

Kirim dari kedai Pro

Paparkan pesanan pengiriman untuk pemenuhan dalam POS supaya kakitangan dapat mengambil, membungkus dan mengirimkan pesanan, termasuk membeli dan mencetak label pengiriman.

Urus pesanan dalam POS

Lihat pesanan di satu tempat dalam POS agar memudahkan kakitangan untuk menjejak, memproses dan memenuhi pesanan.

Pengurusan inventori lanjutan

Kurangkan kesilapan dan tingkatkan keuntungan dari satu tempat menggunakan cadangan pintar daripada aplikasi Stocky oleh Shopify

Pesanan pembelian Pro

Cipta pesanan pembelian untuk vendor dan pembekal.

Ramalan permintaan Pro

Dapatkan cadangan pesanan pembelian berdasarkan prestasi produk mahupun keadaan bermusim yang terkini.

Pemindahan Pro

Minta pemindahan dari lokasi anda yang lain dan jejak perkara yang telah diterima serta dikeluarkan.

Laporan stok rendah Pro

Terima amaran stok rendah berdasarkan kadar jualan semasa dan masa tunggu bagi setiap vendor.

Cadangan barang jualan Pro

Gunakan halaman cadangan jualan untuk mengetahui produk yang tidak terjual agar anda dapat melepaskan tunai dan inventori.

Analisis inventori Pro

Buat keputusan untuk menetapkan produk yang berbaloi untuk dipesan semula dan produk yang memakan storan dan tunai yang bernilai berdasarkan sistem penggredan prestasi stok.

Pelarasan stok Pro

Jejak perubahan kecil yang dibuat pada tahap stok anda.

Kiraan inventori Pro

Gunakan pengimbas kod bar untuk memadankan inventori kedai dengan rekod anda.

Penerimaan inventori Pro

Lakukan kiraan inventori yang tepat untuk pesanan yang masuk dengan pengimbas kod bar.

Laporan inventori terperinci Pro

Kenal pasti trend dan buat perancangan masa hadapan dengan yakin melalui laporan tentang lokasi dan inventori anda.

Penjejakan inventori

Urus inventori anda dengan baik dan tetapkan produk kepada saluran jualan serta lokasi yang berbeza. Kiraan anda akan dikemas kini secara automatik apabila pesanan dipenuhi dari sumber tersebut.

Pengurusan kakitangan

Kawal kebenaran dan jejak prestasi kakitangan dari satu tempat

Kelulusan pengurus Pro

Tetapkan masa kakitangan anda memerlukan kelulusan pengurus untuk tindakan seperti menggunakan diskaun atau mengedit cukai.

Kakitangan POS tanpa had Pro

Benarkan kakitangan menggunakan POS sambil mengasingkan akses pentadbir. Tambahkan seberapa banyak pekerja yang anda inginkan.

Peranan dan kebenaran kakitangan POS Pro

Berikan peranan tersuai kepada kakitangan kedai untuk memastikan bahawa mereka memiliki kebenaran yang betul.

Komisen jualan Pro

Kaitkan jualan kepada ahli kakitangan untuk pemberian komisen atau pujian.

PIN POS Kakitangan

Berikan PIN unik kepada ahli kakitangan untuk log masuk ke POS.

Pembayaran

Selesaikan setiap jualan dengan pengalaman yang lancar untuk pelanggan dan kakitangan

Pemulangan dan pertukaran Pro

Terima pemulangan dan pertukaran dari mana-mana lokasi, dalam talian atau di kedai, lalu perhatikan inventori anda dikemas kini secara automatik.

Batalkan dan jadikan pesanan terbatal Pro

Batalkan pesanan dan jadikan pembayaran terbatal dengan mudah jika pelanggan mengubah fikiran atau berlaku kesilapan semasa membuat pembayaran.

Simpan dan ambil semula troli Pro

Urus, simpan dan ambil semula troli beli-belah dengan mudah untuk memastikan proses pembayaran berjalan pantas.

Resit bercetak tersuai Pro

Sesuaikan resit bercetak dengan mudah untuk memadankannya dengan jenama anda. Selain itu, dapatkan akses kepada penyunting kod untuk pengubahsuaian yang lebih mendalam.

Lakukan pembayaran di mana-mana jua

Bawa telefon pintar atau tablet anda kepada pelanggan dan lakukan pembayaran di mana-mana jua.

Grid pintar yang boleh disesuaikan

Percepatkan proses pembayaran dengan grid pintar yang boleh disesuaikan serta dapat diubah suai mengikut tindakan troli untuk mencipta isyarat bagi kakitangan.

Kod diskaun

Guna pakai kod diskaun atau promo untuk perniagaan dalam talian dan runcit anda.

Cukai

Cukai dikira secara automatik berdasarkan tetapan lokasi kedai anda. Anda boleh menyahdayakan cukai atau menetapkan cukai tersuai bagi produk mahupun pesanan tertentu.

Resit e-mel atau SMS tersuai

Hantar resit e-mel atau SMS tersuai dan bina senarai kenalan pelanggan untuk melibatkan mereka semula.

Diskaun tersuai

Guna pakai diskaun dalam amaun tunai atau peratusan pada seluruh troli atau item individu.

Nota pesanan

Jejak permintaan istimewa dan butiran dengan melampirkan nota pada pesanan.

Jualan tersuai

Gunakan item baris tersuai untuk memberkaskan item di kedai dan menetapkan harganya.

Pengimbas kod bar kamera

Imbas label kod bar produk menggunakan kamera pada peranti iOS anda.

Transaksi wang tunai luar talian

Terima pembayaran wang tunai untuk melengkapkan transaksi semasa anda berada di luar talian.

Pemulangan

Terima pemulangan untuk pembelian secara dalam talian atau di kedai dan simpan alasan pemulangan untuk mendapatkan cerapan mengenai prestasi produk.

Produk

Pastikan sentiasa teratur dengan keterlihatan produk mengikut masa nyata yang merentasi semua saluran jualan anda

Produk tanpa had

Tambahkan bilangan produk tanpa had pada kedai anda dan urus katalog produk berskala besar dalam satu tempat.

Koleksi produk

Kategorikan produk mengikut jenis, musim, promosi dan pelbagai lagi. Gunakan koleksi pintar untuk mengisih produk secara automatik berdasarkan vendor, harga dan tahap inventori.

Varian produk

Tambahkan berbilang variasi pada produk seperti saiz, warna atau bahan serta tetapkan harga, SKU, berat dan inventori varian masing-masing.

Keadaan inventori

Gunakan keadaan inventori untuk menjejak dan berkongsi status inventori anda semasa produk diterima, dipindahkan atau ketika pesanan dipenuhi.

Pengurusan berbilang lokasi

Cipta dan peruntukkan inventori kepada pelbagai saluran jualan dalam talian, gudang, kedai runcit anda atau di mana-mana sahaja anda menyimpan stok.

Label kod bar

Tetapkan kod bar sedia ada pada produk atau cipta kod bar baharu untuk menjejak inventori serta mempercepat pembayaran.

Pelanggan

Ubah pembeli kali pertama menjadi pelanggan setia

Cipta profil pelanggan

Profil pelanggan akan dicipta untuk setiap pembelian dalam kedai atau dalam talian semasa pembayaran.

Profil pelanggan yang diperkaya

Jejak maklumat kenalan, sejarah pembelian, perbelanjaan sepanjang hayat, nota pelanggan, tag, alamat pengiriman, cukai serta keutamaan pemasaran.

Sejarah pesanan

Apabila pelanggan membeli-belah dalam talian atau di kedai, maklumat pesanan mereka akan disegerakkan secara automatik.

Hubungi pelanggan

Hubungi pelanggan dari POS anda menggunakan e-mel, SMS atau melalui panggilan telefon.

Maklumat pelanggan

Bina hubungan berpanjangan serta hargai pelanggan setia anda menerusi acara, diskaun atau kandungan eksklusif.

Keutamaan pemasaran

Dapatkan e-mel dan nombor telefon semasa pembayaran untuk memaklumi pelanggan anda mengenai jualan akan datang mahupun tentang produk baharu.

Tag pelanggan

Tetapkan tag pada pelanggan, kemudian cari dan tapiskan berdasarkan keperluan jangkauan anda.

Pelaporan dan analisis

Dapatkan laporan boleh bertindak untuk membolehkan anda membuat keputusan perniagaan yang termaklum

Laporan jualan harian Pro

Buat keputusan termaklum dengan cerapan terperinci berkenaan jualan, produk dan prestasi kakitangan yang dihimpunkan dalam laporan harian yang dijana daripada POS anda.

Gambaran keseluruhan papan pemuka

Dapatkan gambaran keseluruhan secara pantas mengenai keseluruhan perniagaan anda yang dijalankan secara dalam talian dan di kedai.

Laporan jualan runcit*

Lihat, analisis dan eksport jualan mengikut ahli kakitangan, lokasi, tempoh masa atau pelanggan.

Penjejakan tunai

Jejak baki laci wang tunai anda dengan tepat untuk melihat deposit bagi setiap hujung hari.

Laporan aliran tunai*

Fahami jumlah yang akan dibayar dan bila anda akan menerima wang daripada jualan bersemuka mahupun dalam talian.

Laporan produk*

Dapatkan cerapan ke dalam prestasi produk, mulai daripada yang terjual kepada yang tidak.

Laporan diskaun*

Jejak prestasi promosi anda supaya dapat menyesuaikan pendekatan anda pada masa hadapan.

Laporan inventori

Paparkan gambar kilat hujung bulan inventori anda dan jejak kuantiti serta peratusan inventori yang terjual setiap hari.

Laporan kewangan

Jana laporan untuk menyemak kewangan anda termasuk jualan, pemulangan, cukai, pembayaran dan pelbagai lagi.

Perkakasan

Bina titik jualan yang lengkap melalui perkakasan pasang dan pakai oleh Shopify

Skrin ketersambungan

Sepadukan perkakasan yang serasi dengan Shopify POS bagi menjejak ketersambungan dari dalam aplikasi dan menyelesaikan masalah dengan pantas.

Aksesori perkakasan serasi

Lengkapkan POS anda dengan perkakasan serasi yang tersedia melalui kedai Perkakasan Shopify. Gandingkan pelbagai aksesori seperti pengimbas kod bar, pencetak resit, laci wang tunai dan banyak lagi.

Pembayaran tambahan

Terima kaedah pembayaran popular supaya anda tidak terlepas jualan

Kad hadiah

Jual kad hadiah yang fleksibel dan boleh ditebus dalam talian atau di kedai. Hantar e-mel kad digital terus dari POS dan benarkan pembeli menambahkannya pada Apple Wallet untuk menyemak baki.

Pembayaran/tender berasingan

Terima dua atau lebih jenis pembayaran dalam satu transaksi.

Pembayaran separa

Terima apa-apa sahaja amaun pembayaran yang anda inginkan dalam bentuk deposit atau tempahan.

Jenis pembayaran tersuai

Cipta pilihan pembayaran tersuai seperti cek atau transaksi yang diambil melalui terminal luaran.

Pemasaran

Pastikan jenama anda sentiasa diingati dengan alatan pemasaran yang membawa pelanggan dalam talian dan ke kedai runcit anda

Pensegmenan pelanggan

Kumpulkan pembeli mengikut sejarah pembelian, lokasi atau tabiat berbelanja dan cipta kempen pemasaran yang disasarkan dengan tawaran diperibadikan yang menukar prospek kepada pelanggan.

Pemasaran e-mel

Dapatkan e-mel pelanggan semasa pembayaran dan kekal berhubung menerusi e-mel pemasaran dan promosi.

Penyepaduan media sosial

Cipta kempen untuk berhubung dengan pelanggan tempatan anda bagi memacu lawatan ke kedai dan jualan.

Google Merchant Center

Promosikan kedai anda dan segerakkan produk serta maklumat dengan Google Merchant Center secara automatik.
  • * Laporan disertakan dengan pelan Grow dan ke atas
  • ** Memerlukan iPhone Xs atau yang lebih baharu dengan iOS 15.5 atau yang lebih baharu

Soalan lazim

Bukan sekadar e-dagang. Semua jenis perdagangan.

Gabungkan jualan di kedai dan dalam talian dengan sistem Shopify POS.