Automasi Shopify

Berhubung dengan pelanggan secara automatik

Cipta dan sesuaikan automasi pemasaran yang sentiasa aktif, agar anda boleh berinteraksi dengan pelanggan pada setiap tahap perjalanan mereka dan memacu pertumbuhan perniagaan anda.

Tiada kedai Shopify? Mulakan percubaan percuma.

Automasi aliran kerja yang bernama 'Alu-alukan pelanggan baharu' memaparkan pencetus di sebelah kiri untuk apabila pelanggan telah melanggan pemasaran e-mel, yang disambungkan kepada tindakan di bawah melalui anak panah, iaitu untuk menghantar e-mel pemasaran. E-mel sampel untuk syarikat Soap Club berada di latar belakang.

Bina automasi berprestasi tinggi

Imej ini menunjukkan automasi pemasaran dengan Shopify dan cara anda boleh menjejaki hasil dari papan pemuka pentadbir anda.

Automasi tersuai

Bina automasi tersuai dengan antara muka pencetus-syarat-tindakan yang ringkas bagi memenuhi keperluan khusus perniagaan anda.

Templat untuk perjalanan pelanggan

Daripada automasi alu-aluan dan menangi semula sehinggalah jualan tambahan untuk pembelian pertama, dapatkan templat sedia digunakan yang dibina khusus untuk perdagangan.

Pantas dan boleh dipercayai

Dikuasakan oleh infrastruktur Shopify, mesej anda akan sampai kepada pelanggan tanpa sebarang kelewatan—melainkan anda yang merancangnya.

Berhubung pada detik yang tepat

Mula dan jalankan automasi untuk berhubung dengan pelanggan pada saat genting dalam perjalanan mereka—daripada melanggan surat berita anda sehinggalah membuat pesanan pertama mereka berserta setiap peristiwa penting di antaranya.
Automasi aliran kerja untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan selepas mereka membuat pembelian yang mempunyai pencetus untuk bermula apabila pesanan dibuat, syarat untuk menunggu 1 hari, satu lagi syarat untuk menyemak sama ada bilangan pesanan adalah sama dengan 1, dan tindakan untuk menghantar e-mel pemasaran.

Pilih syarat

Tentukan cara automasi berfungsi berdasarkan syarat yang akan meningkatkan potensi mesej anda diterima oleh pelanggan yang tepat pada masa yang sesuai. Hantar mesej sebelum pesanan dibuat, penghantaran dilakukan, atau pada peristiwa istimewa.

Tetapkan masa dan tempoh bertenang

Tentukan bila mesej sepatutnya sampai kepada pelanggan, walaupun berdasarkan tindakan sebelum ini seperti pembelian. Sertakan langkah menunggu dalam aliran kerja anda untuk menjarakkan mesej dan menghasilkan kekerapan e-mel yang sesuai.

Bina e-mel yang dihantar secara automatik

Mulakan dalam beberapa minit

Pilih daripada templat automasi e-mel, peribadikan kandungan, dan mula menghantar. E-mel sudah pun menyertakan logo dan penjenamaan anda.

Jejak, uji, dan kembangkan

Fahami prestasi automasi e-mel dengan laporan boleh bertindak seperti penglibatan e-mel, jualan, dan banyak lagi.

Lakukan lebih banyak tugas dalam masa yang singkat

Hidupkan automasi anda, kemudian biarkan automasi tersebut berjalan. Anda tidak perlu lagi menghasilkan kempen e-mel secara manual berulang kali.
Papan pemuka prestasi untuk 'templat menangi semula pelanggan' yang menyenaraikan pelanggan yang dijangkau, kadar penukaran, dan jualan yang dipulihkan. Satu bulatan besar dan dua bulatan kecil dengan kecerunan ungu berada di latar belakang, manakala tiga bulatan kecil dengan lelaki kulit hitam, wanita kulit putih, dan lelaki Asia berada di latar hadapan pada sebelah kanan.

Sumber untuk mula menggunakan automasi

Kursus dalam talian

Ketahui cara menggunakan automasi pemasaran untuk menghantar mesej penting.

Ikuti kursus 

Pusat Bantuan

Cari jawapan segera dan langkah berpandu untuk membina automasi.

Lawati Pusat Bantuan 

Mula membina automasi untuk membantu perniagaan anda berkembang