Reka bentuk laman web

Reka bentuk sepantas imaginasi

Bina laman web yang seunik jenama anda tanpa memerlukan pengekodan. Gunakan penyunting seret dan lepas berserta AI terbina dalam untuk merealisasikan visi anda.

Serlahkan jenama anda dengan tema

Tema anda merupakan asas reka bentuk untuk tapak anda, daripada palet warna hingga templat halaman. Pilih daripada lebih 200 tema atau perihalkan jenama anda dan biarkan AI melakukan kerjanya.

Tiada had untuk perkara yang boleh anda cipta.

Sesuaikan dengan mudah melalui penyuntingan tanpa kod dan bantuan AI.

Mulakan secara percuma
Templat laman utama, halaman produk dan halaman koleksi.

Mulakan dengan templat fleksibel

Gunakan templat yang terbukti untuk membina halaman dengan pantas. Setiap templat direka bentuk untuk jualan dan boleh disesuaikan sepenuhnya.

Laman utama untuk sesebuah laman web bertukar-tukar kepada tiga palet warna dan gaya taip yang berbeza.

Sesuaikan penampilan

Peribadikan tapak anda dengan beberapa klik. Pilih muka taip dan palet warna yang sepadan dengan jenama anda.

Janakan blok tersuai

Tambahkan bahagian pada halaman anda dalam beberapa saat. Hanya nyatakan kehendak anda dan biarkan AI membina blok tersuai yang sepadan dengan visi anda.

Melalui penyunting tema, pengguna menyeret blok butang dalam bahagian sepanduk imej laman web.

Sunting dengan mudah

Dapatkan reka bentuk yang menepati kehendak tanpa melakukan sebarang pengekodan. Seret dan lepas bahagian pada tempatnya lalu sunting salinan dengan hanya satu klik.

Laman web bertindak balas apabila peranti berubah daripada mudah alih kepada desktop dan sebaliknya.

Sesuaikan dengan sebarang skrin

Cipta pengalaman semak imbas yang lancar pada setiap skrin dengan lalai pintar yang boleh anda ubah bagi mendapatkan kawalan maksimum.

Tonjolkan diri dengan media beraneka

Ceritakan kisah jenama anda menggunakan media interaktif, termasuk imej, video dan model 3D.

Kedai anda direka bentuk untuk meraih lebih jualan.

Tapak Shopify padat dengan ciri untuk melonjakkan jualan.

Mulakan secara percuma
Imej produk sedang disunting menggunakan AI. Di bawah imej terdapat perihalan produk janaan AI.

Cipta kandungan yang menghasilkan penukaran

Janakan imej yang menawan dan perihalan menarik berdasarkan arahan menggunakan AI.

Pemilih varian tersuai pada halaman produk yang menunjukkan jaket dengan varian warna dan saiz yang berbeza.

Gayakan halaman produk

Berikan cara yang mudah untuk pelanggan memilih saiz, warna dan gaya produk. Sesuaikan setiap butiran agar sepadan dengan jenama anda.

Produk dalam troli pelanggan. Di bahagian atas troli tersebut, terdapat dua produk yang serupa di bawah tajuk “Sesuai dipadankan bersama” dan butang yang tertera “Tambah pada troli” di bawah setiap satunya.

Tawarkan pengesyoran

Tingkatkan saiz troli menggunakan cadangan semasa pembayaran. Anda boleh menampilkan produk popular, item yang kerap dibeli bersama, diskaun dan pelbagai lagi.

Bar carian pada laman web yang mengandungi pertanyaan untuk “kasut.” Di bawah bar, keputusan akan dipaparkan.

Tambahkan carian berkuasa

Bantu pelanggan mencari kegemaran mereka dengan lebih pantas menggunakan carian ramalan pada tapak anda.

Halaman produk dalam bahasa Jepun, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.

Terbitkan dalam pelbagai bahasa

Terjemahkan laman web anda dengan mudah dan tukar harga kepada mata wang tempatan.

Pembayaran yang sedang disesuaikan. Pengguna menambahkan pembayaran ekspres, pengambilan di kedai, medan diskaun dan pengesyoran produk.

Sesuaikan pembayaran anda

Jadikan pembayaran sepadan dengan jenama anda dengan menambahkan logo, menukar warna, memilih muka taip dan menyesuaikan medan.

Kawal pengekodannya.

Temui pelbagai cara untuk menjadikannya tersuai sepenuhnya.

2 skrin: sampel kod Liquid dan tema tersuai dalam penyunting tema.

Cipta tema anda sendiri

Daripada memilih tema, lebih baik anda membina tema sendiri bagi mendapatkan kawalan maksimum ke atas rupa dan rasa tapak anda.
3 skrin: sampel kod Hydrogen, antara muka baris arahan dan laman web yang dibina menggunakan Hydrogen.

Kod laman web anda sendiri

Kekalkan tindanan pilihan anda dan jalankan fungsi headless. Sambungkannya ke Shopify menggunakan Storefront API.

Semua ciri yang ada. Dalam setiap laman web.

Pengehosan percuma tanpa had

Sokongan domain tersuai

Kawalan kebolehcapaian

Sijil SSL percuma

Analisis dan pelaporan

Kebenaran kakitangan

Pemprosesan pembayaran

Pematuhan PCI

Kawalan SEO bersepadu

Blog terbina dalam

Alat pemasaran

Saluran jualan

Klaviyo Reviews Bina pengalaman 5 bintang untuk pelanggan anda
Yotpo Product Reviews & UGC Kumpulkan ulasan dan penarafan produk, UGC, bukti sosial, foto
Shogun Landing Page Builder Pembina halaman profesional yang mudah digunakan untuk semua jenis halaman
Shopify Translate & Adapt Terjemah dan sesuaikan kandungan kedai anda untuk setiap pasaran
Judge.me Product Reviews Ulasan produk berserta foto & video untuk bukti sosial & SEO
Loox Product Reviews & Photos Ulasan produk berserta foto & video, rujukan dan jualan tambahan
Recharge Subscriptions Maksimumkan hasil menerusi langganan, berkas & keahlian
Smile: Loyalty & Rewards Mata kesetiaan, ganjaran dan rujukan untuk mengekalkan pelanggan anda
Stamped Loyalty & Referrals Program Kesetiaan dengan ganjaran, rujukan, mata & peringkat VIP
Rebuy Personalization Engine Platform pemperibadian dikuasakan oleh AI yang terkemuka dalam industri
Justuno ‑ Email & SMS Pop ups Timbul untuk GDPR & kuki, sepanduk & pemperibadian
Octane AI: Advanced Quiz Maker Miliki kawalan penuh ke atas kuiz produk anda. Sokongan VIP.
PageFly Landing Page Builder Bina laman penambat yang meyakinkan dengan mudah - tanpa memerlukan pengekodan
Shopify Bundles Tawarkan ikatan tetap dan pek berbilang untuk memacu lebih banyak jualan
Carro: Collaborative Commerce Dropshipping, borong, cari pembekal. Semuanya daripada jenama terkemuka
T Lab ‑ AI Language Translate Terjemahkan kedai anda ke dalam pelbagai bahasa & tambahkan mata wang
Instafeed ‑ Instagram Feed Tingkatkan jualan dan kepercayaan dengan suapan kedai Instagram rasmi
Weglot ‑ Translate Your Store Terjemahkan kedai anda ke dalam pelbagai bahasa
Shopify Search & Discovery Sesuaikan pengalaman carian dan penemuan laman kedai anda
Growave: Loyalty & Wishlist Tingkatkan jualan dengan ganjaran kesetiaan, rujukan, senarai hajat dan ulasan

Terdapat ekosistem yang sentiasa menyokong anda

Anda berkuasa mengawal lebih daripada sekadar laman web anda. Dapatkan semua yang anda perlukan untuk membina perniagaan anda dengan segera—untuk perkara lain, kami ada Shopify App Store.

Saluran jualan

Segerakkan produk dengan pasaran, suapan produk, titik jualan

Penjualan produk

Jual dengan lebih banyak melalui langganan, muat turun digital, pilihan produk

Reka bentuk kedai

Sesuaikan laman kedai dengan penterjemahan, penukar mata wang, lencana kepercayaan, SEO

Pengurusan kedai

Kembangkan perniagaan menggunakan automasi aliran kerja, analisis, sembang, Soalan Lazim

Pencarian produk

Cari sumber produk menggunakan dropshipping, cetak atas permintaan, borong, pembekal

Pesanan dan pengiriman

Kendalikan pemenuhan dengan penjejakan pesanan, invois, pencetak pesanan, label pengiriman

Pemasaran dan penukaran

Dapatkan pelanggan melalui ulasan, berkas, jualan tambahan, pembayaran, pemasaran e-mel

Terokai semua aplikasi

Cari penyelesaian untuk apa-apa jua yang diperlukan oleh perniagaan anda

Dapatkan bantuan reka bentuk sepanjang perjalanan

Dapatkan jawapan dengan serta-merta

Tanya Sidekick, pembantu AI anda. Sidekick sangat mengenali kedai anda dan akan memberikan panduan yang disesuaikan khas untuk anda.

Manfaatkan Komuniti Shopify

Berhubung dengan pemilik perniagaan yang berpengalaman dalam bidang anda. Kemukakan soalan, kongsi amalan terbaik dan cari penyelesaian.

Upah pakar reka bentuk

Sedang mencari bantuan profesional? Cari rakan kongsi dipercayai yang boleh menyerlahkan tapak anda.

Soalan lazim

Mulakan reka bentuk dengan Shopify