Pembuat Logo Shopify
Cipta logo idaman anda dalam beberapa minit
Apakah yang lebih baik berbanding dengan logo profesional? Logo tersuai yang percuma sepenuhnya dan dihasilkan oleh anda sendiri.
Reka logo anda dalam sekelip mata dengan Pembuat Logo Shopify.
Reka logo anda dalam sekelip mata dengan Pembuat Logo Shopify.
Perlukan inspirasi?Jana nama perniagaan



Menampilkan lebih daripada 13K kemungkinan reka bentuk logo dan terus bertambah










Logo tersuai percuma
Reka bentuk logo beresolusi tinggi bak pakar
Penghasilan logo sepatutnya menjadi bahagian yang paling mudah dalam penciptaan jenama anda.
Dengan Pembuat Logo Shopify, semuanya jadi mudah.
Dengan Pembuat Logo Shopify, semuanya jadi mudah.
100% percuma, 100% kawalan
Tidak seperti alat pencipta logo yang lain, Pembuat Logo memberi anda akses penyuntingan sepenuhnya, tanpa yuran tersembunyi atau kos.
Pengalaman tidak diperlukan
Langkau proses mengupah pereka bentuk dan hasilkan logo profesional anda sendiri, tanpa mengira latar belakang atau kepakaran reka bentuk anda.
Templat pereka bentuk
Pilih daripada templat logo yang paling bergaya dan sentiasa dikemas kini dengan trend reka bentuk terkini.
Syor yang disesuaikan
Dengan hanya nama jenama dan industri anda, Pembuat Logo mengesyorkan gaya logo berdasarkan nic perniagaan anda.
Penyesuaian tanpa henti
Peribadikan satu atau beberapa logo, dengan keupayaan untuk membuat pindaan tanpa had. Atau pilih sahaja kegemaran anda lalu teruskan.

elemen reka bentuk premium
Dijamin nampak hebat
Yang percuma tidak pernah kelihatan sebegini premium. Dapatkan logo yang sofistikated walau apa pun dengan Pembuat Logo Shopify. Reka bentuk dengan yakin dan hanya menggunakan fon, palet warna, simbol dan susun atur yang berkualiti paling tinggi. Semuanya dalam antara muka yang ringkas dan mudah untuk digunakan.
sedia untuk digital dan cetakan
Pamerkan logo anda di mana-mana sahaja
Dari kad perniagaan sehingga gambar profil, pamerkan jenama anda dengan cemerlang pada setiap permukaan. Logo unik anda disediakan untuk digunakan di mana-mana sahaja—dan dioptimumkan secara automatik untuk media sosial, cetakan, web, produk dan barang dagangan.

penjenamaan pereka bentuk
Hasilkan tanggapan pertama yang berkekalan
Penjenamaan visual anda menceritakan segala-galanya tentang perniagaan anda. Hanya dalam beberapa minit, cipta logo abadi yang pasti akan digemari oleh anda dan juga pelanggan anda.
Responsif dan boleh diakses
Reka bentuk dengan teliti untuk khalayak anda melalui warna yang berkontras tinggi dan fon Google yang dipaparkan dengan betul merentasi semua peranti dan platform.
Aset media sosial
Muat turun fail PNG dan SVG yang beresolusi tinggi serta sedia untuk digunakan pada platform sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, X, Pinterest, YouTube dan LinkedIn.
Pengecaman jenama
Bina kesedaran tentang jenama dan produk anda melalui logo diperibadikan yang mempunyai kualiti piksel yang sempurna dalam apa-apa juga cahaya, pada apa-apa jua titik sentuh.
Saya pernah menggunakan alat ini untuk penjenamaan peribadi, dan berjaya membuat logo semasa menaiki Uber. Sangat mudah.
Mari tandakan “hasilkan logo” pada senarai tugasan anda sebagai selesai
Sedang mencari sesuatu yang tersuai? Cari pereka bentuk logo
alat shopify percuma
Kongsikan kisah jenama anda dengan kehadiran dalam talian
Selain sekadar logo, jenama anda mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi dan berhubung menerusi cara yang didambakan oleh pelanggan. Cipta slogan anda dan pergi dalam talian dengan lebih banyak alat Shopify yang percuma.
Penjana nama perniagaan
Cipta nama perniagaan yang dijana oleh AI dan tuntut domain dalam beberapa saat.
Pembuat slogan
Temukan slogan yang menarik perhatian untuk jenama anda atau semak imbas mengikut industri.
Penjana nama domain
Cari idea nama domain yang terbaik dan semak ketersediaan domain dengan serta-merta.
Platform perdagangan dunia
Jual di mana-mana sahaja dari hari pertama
Dipercayai oleh berjuta-juta usahawan, Shopify membantu anda melakukan segala-galanya. Sama ada menyediakan kedai dalam talian, mencari pelanggan setia atau menjual di mana-mana tempat secara mutlak.

Jual dalam talian dan secara bersemuka
Dapatkan kedai menawan yang direka untuk menjana jualan, dan tambahkan jualan bersemuka dengan titik jualan bersepadu.
Jual merentasi media sosial
Tampilkan diri anda di tempat pembeli menatal, mencari dan membeli-belah melalui penyepaduan berbilang saluran yang lancar.
Jual pada desktop dan mudah alih
Urus segala-galanya di satu tempat dan jalankan kedai anda dari mana-mana sahaja, walau dari telefon anda sekalipun.
Jual dengan pembayaran terbaik di dunia
Digemari oleh 150 juta pembeli, Shopify Checkout juga memberikan penukaran pada kadar purata 15% lebih tinggi berbanding dengan platform perdagangan yang lain.
Daripada logo kepada kedai dalam talian, perniagaan anda bermula dengan Shopify
Percuma 3 hari
Lanjutkan percubaan anda dengan harga USD 1
Dapatkan kredit hingga USD 7,000