ALATAN PERCUMA
Pembuat Kad Perniagaan Percuma
Cipta Kad Perniagaan yang Menyerlah
Cipta kad perniagaan yang meninggalkan tanggapan mendalam menggunakan pembuat kad perniagaan percuma kami. Anda tidak lagi perlu mengupah pereka bentuk atau membazirkan masa dan wang. Muat turun kad profesional anda yang sedia untuk dicetak selepas menambahkan logo dan maklumat anda. Bersedia untuk mengedarkan kad perniagaan profesional anda dengan hanya beberapa klik.
Masukkan maklumat anda
Soalan Lazim
Kad perniagaan ialah kad kecil bercetak yang mengandungi maklumat tentang profesion atau perniagaan seseorang. Kad ini boleh dipamerkan di tempat kerja anda, atau diedarkan kepada orang ramai semasa anda berjumpa dengan mereka. Ramai orang menganggap kad perniagaan sebagai alat perangkaian yang penting. Kad perniagaan biasanya mengandungi:
- Nama anda
- Jawatan anda
- Laman web atau kedai dalam talian anda
- Logo atau penjenamaan syarikat anda
- Maklumat hubungan anda
- Nombor telefon
- E-mel
- Alamat
Templat kad perniagaan percuma Shopify pantas dan mudah digunakan. Untuk bermula:
- Masukkan maklumat anda ke dalam borang dalam talian
- Klik “Cipta kad perniagaan”
- Tunggu e-mel kad perniagaan daripada Shopify masuk ke dalam peti masuk anda
- Klik pada pautan “Dapatkan kad perniagaan anda sekarang”
- Klik “Muat turun PDF”
- Cetak kad perniagaan anda menggunakan kertas kadbod, atau hantar PDF kad perniagaan anda ke syarikat perkhidmatan pencetakan
Templat kad perniagaan ialah alat percuma yang Shopify tawarkan kepada perniagaan. Hal ini bermakna tiada kos yang dikenakan untuk menggunakannya.
Anda boleh membuat pelbagai jenis kad perniagaan sebanyak mana yang anda mahukan menggunakan templat kad perniagaan percuma Shopify.
Memandangkan kad perniagaan direka bentuk untuk dibawa di dalam dompet seseorang, kad ini biasanya bersaiz kecil dan hanya mengandungi maklumat utama. Peraturan “lebih ringkas, lebih baik” boleh digunakan semasa membuat kad perniagaan. Namun begitu, setiap kad perniagaan perlu menyertakan:
- Nama anda
- Jawatan anda
- Laman web atau kedai dalam talian anda
- Logo atau penjenamaan syarikat anda
- Maklumat hubungan anda
Templat kad perniagaan percuma Shopify membolehkan anda mencipta kad perniagaan yang tampil kemas dan profesional dengan mudah tanpa perlu berbelanja untuk reka bentuk grafik.
Anda boleh mencipta kod QR menggunakan penjana kod QR Shopify. Anda hanya perlu:
- Pergi ke penjana kod QR Shopify
- Masukkan butiran yang anda mahukan dalam kod QR tersebut, seperti nama, maklumat hubungan, URL laman web anda, dsb.
- Setelah anda berpuas hati dengan butiran tersebut, klik “Jana kod QR” untuk mencipta kod tersebut
- Muat turun dan simpan imej kod QR tersebut
- Muat naik kod QR ke dalam reka bentuk kad perniagaan anda
Ya, anda boleh meletakkan kod QR pada kad perniagaan. Kod QR boleh digunakan untuk menyimpan maklumat hubungan, URL laman web, atau maklumat penting yang lain yang boleh diimbas menggunakan telefon pintar atau peranti lain.
Sudah tentu! Pergi ke halaman alatan kami untuk menemukan lebih banyak alatan percuma, termasuk: penjana kod bar dan penukar saiz imej.