Fakta, statistik dan sejarah .md
.md popular dalam kalangan perniagaan Moldova, namun anda tidak perlu menetap di sana untuk menggunakan TLD ini. Hal ini bermakna, domain ini amat sesuai untuk doktor yang mahukan domain yang mudah diingati, bertepatan dengan jenama dan tepat. Oleh sebab banyak klinik perubatan dinamakan bersempena dengan nama doktor mereka, sambungan .com anda berkemungkinan telah diambil orang, terutamanya jika anda mempunyai nama yang lazim digunakan. Sebaliknya, cuba gunakan nama domain .md. Domain ini spesifik, bersasar dan meyakinkan khalayak bahawa mereka boleh mempercayai kepakaran anda.