Shopify lwn. BigCommerce

Perdagangan lebih besar dengan Shopify

Antara penukaran yang mantap, kecekapan kos dan inovasi pertama dalam pasaran, semua data tersebut menunjukkan kepada satu kesimpulan: Shopify menerajui persaingan perdagangan.

Sertai pergerakan untuk masa depan yang lebih baik

Bertukar ke alat perdagangan dan pembayaran dengan penukaran terbaik di dunia—hanya tersedia di platform perdagangan Shopify yang disatukan.
  • Skullcandy
  • Natori
  • Larq
  • Spiceology
  • Face to Face Games
  • Jeni's Splendid Ice Creams
  • Savannah Bee Company
  • Lull
  • Young Nails
  • Liard Superfood
  • Crossrope
  • Grace & Lace
  • Revel Nail
  • Revelry
  • True Linkswear
  • Diamond Tool Store
  • Positive Grid

Sebab memilih Shopify

Empat sebab jenama beralih

  1. 1
    Peneraju industri

    Di lebih daripada 175 buah negara, jutaan perniagaan mempercayai Shopify untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

  2. 2
    Hasil lebih tinggi

    Kadar penukaran untuk pembayaran Shopify adalah 12% lebih baik berbanding BigCommerce.

  3. 3
    TCO yang lebih baik

    Jumlah kos pemilikan (TCO) Shopify adalah 31% lebih baik daripada BigCommerce.

  4. 4
    Inovasi berterusan

    Shopify merintis dan memperkenalkan pelbagai ciri perintis baharu secara konsisten pada kekerapan yang tinggi melebihi platform lain.

Peneraju industri

Shopify telah menjadi platform standard

Daripada ekosistem rakan kongsi yang luas hingga pelaburan berjangkauan jauh dalam perdagangan global, Shopify mendahului persaingan perdagangan.

Pelaburan untuk masa depan

Perdagangan yang dibina untuk bertahan

Perniagaan yang dikuasakan oleh Shopify mempercayai kemampanan jangka panjang, ekosistem besar serta pelaburan kami dalam masa depan perdagangan. Shopify ialah peneraju pasaran yang menawarkan sokongan dan pertumbuhan tanpa tandingan untuk pelbagai jenama di seluruh dunia.
Shopify
2,380
BigCommerce
1,237

Ekosistem rakan kongsi*

Rangkaian rakan kongsi kami tiada tandingannya.
Shopify
8,000
BigCommerce
1,208

Ekosistem aplikasi*

Kami membantu pelanggan melakukan lebih banyak perkara, pergi lebih jauh dan meluaskan jualan.
Shopify
8,300+
BigCommerce
1,000+

Pekerja†

Kami berkuasa untuk memacu perdagangan bagi tahun-tahun akan datang.
Shopify
Jutaan
BigCommerce
Berpuluh Ribu

Pedagang†

Lebih ramai pedagang di seluruh dunia mempercayai Shopify.

*Jumlah aplikasi dan rakan kongsi setakat 24 April 2024. Sumber adalah berdasarkan direktori rakan kongsi dan aplikasi BigCommerce, serta direktori aplikasi dan rakan kongsi Shopify (termasuk Rakan Kongsi Plus dan Rakan Kongsi Perkhidmatan bukan Plus).

†Jumlah pekerja dan pedagang setakat 24 April 2024. Sumber adalah berdasarkan laman web BigCommerce dan Shopify.

Peneraju ekonomi

Angka menjelaskan segalanya

Berdasarkan jutaan pelanggan dan pertumbuhan pasaran yang stabil, Shopify muncul sebagai platform teratas dari segi syer pasaran.

73%

73% Syer pasaran global Shopify daripada 800 jenama DTC teratas

Shopify menawarkan kelajuan pelayan terpantas dalam perdagangan

Kelajuan laman yang lebih pantas memberi kesan kepada segala-galanya—daripada hasil hingga operasi. Ukur prestasi laman anda untuk melihat cara perkara tersebut dapat mempengaruhi jualan anda serta perbandingannya dengan pesaing.

Dapatkan laporan tersuai anda
graf kelajuan laman

Ekosistem pembangun unggul

Kejuruteraan dengan pakar

Melanjutkan keupayaan platform perdagangan anda adalah penting; teknologi dan ekosistem aplikasi terkemuka kami memudahkan jenama untuk mencapai matlamat tersebut. Memilih Shopify bermakna mendapat akses kepada rangkaian jurutera bertaraf dunia yang berdedikasi untuk membina fungsi khusus bagi memenuhi keperluan unik perniagaan anda yang bukan sahaja terkenal dari segi saiz, malah juga pengalaman.

8,000 aplikasi untuk membantu anda membina

Shopify menampilkan jumlah aplikasi hampir 6 kali ganda lebih banyak, memberikan lebih banyak pilihan kepada jenama apabila mereka berkembang melangkaui fungsi natif. Selain itu, Shopify ialah yang pertama berada di pasaran berbanding BigCommerce apabila melibatkan aplikasi baharu serta penyepaduan saluran seperti TikTok, Snapchat, YouTube Selling, Microsoft Advertising dan banyak lagi.

Jualan antarabangsa

Bukan sekadar berkembang—tapi berkembang ke seluruh dunia

Shopify membantu perniagaan besar meluaskan jangkauan mereka di lebih 150 buah negara dengan mudah menggunakan Markets. Ini merupakan ciri natif dengan Shopify yang membantu anda menjual ke peringkat antarabangsa yang turut merangkumi keupayaan untuk melancarkan proses pengiriman, kutipan duti, kaedah pembayaran tempatan dan perlindungan penipuan. Keupayaan serupa pada BigCommerce memerlukan aplikasi pihak ketiga.

Hasil lebih tinggi

Shopify menukar jualan dengan lebih baik berbanding BigCommerce

Pembayaran Shopify mempunyai kadar penukaran 12% lebih tinggi berbanding BigCommerce, secara purata. Namun, hasil perniagaan pelanggan kamilah yang paling menceritakan segalanya—contohnya seperti Crossrope. Mereka melaporkan peningkatan kadar penukaran sebanyak 24% selepas bertukar daripada BigCommerce kepada Shopify. Lull yang juga dahulunya menggunakan BigCommerce turut melaporkan peningkatan penukaran sebanyak 14% semasa Black Friday Cyber Monday sahaja.

+12%

Shopify merekodkan kadar penukaran 12% lebih baik berbanding BigCommerce

Penukaran pembayaran

Daftar keluar yang lancar dengan Shopify

Jenama yang bertukar kepada Shopify daripada BigCommerce berpeluang untuk mencipta pengalaman pembayaran satu klik yang boleh disesuaikan. Melalui proses pembayaran terpantas di dunia yang ditawarkan di samping kadar penukaran 12% lebih tinggi daripada BigCommerce, membuat pertukaran kepada Shopify ialah keputusan yang paling wajar.

Pecutan hasil

Shopify memecut pertumbuhan hasil anda

Shopify dibina untuk membantu perniagaan anda berkembang pada kadar yang belum pernah dialami sebelum ini. Shopify menyertakan alat pertumbuhan lanjutan secara natif untuk peningkatan hasil seperti Shop Pay, aplikasi Shop dan Shopify Audiences, yang hanya tersedia secara eksklusif pada platform Shopify.

*Shop Pay tidak tersedia di semua pasaran

20%

Pertumbuhan tahun ke tahun bagi Grace and Lace selepas bermigrasi daripada BigCommerce kepada Shopify

90%

Peningkatan hasil bagi Crossrope selepas beralih kepada Shopify

Apabila ada Shop Pay, pelanggan pasti membuat pembayaran

Shop Pay juga boleh meningkatkan penukaran hingga 50% berbanding pembayaran tetamu. Malah, 2 daripada 3 pembeli memilih Shop Pay semasa pembayaran. Malangnya—ia tidak tersedia untuk BigCommerce.

*Shop Pay tidak tersedia di semua pasaran

Peluasan hasil

Melalui Shopify, sentiasa ada aliran hasil baharu untuk diterokai—dengan lancar

Penyelesaian perdagangan Shopify membolehkan anda melakukan kesemuanya daripada satu platform yang disatukan. Jadi, tidak kira cara yang anda pilih untuk menjual kepada pangkalan pelanggan—B2B, peruncitan fizikal, jualan sosial serta pelbagai saluran jualan lain—Shopify sedia membantu anda.

550%

Pertumbuhan jualan suku ke suku bagi Laird Superfood

$50K+

Penjimatan B2B tahunan bagi Laird Superfood selepas beralih kepada Shopify

Satukan jualan DTC, peruncitan dan B2B anda

Shopify POS dan Shopify B2B menyatukan aktiviti dalam talian, peruncitan fizikal dan borong dengan lancar—supaya anda boleh mengakses rekod pelanggan dan memastikan inventori sentiasa dikemas kini dalam masa nyata—tidak kira di mana-mana sahaja anda menjual. Sebaliknya, BigCommerce bergantung pada aplikasi serta sistem pihak ketiga untuk B2B dan POS yang berpotensi membawa kepada cabaran dalam pengurusan bahagian belakang serta pengalaman pengguna yang berpecah.

TCO yang lebih baik

Dapatkan lebih banyak nilai dengan Shopify

Jumlah kos pemilikan (TCO) Shopify adalah 31% lebih baik berbanding BigCommerce secara purata. Daripada keupayaan natif mantap peringkat perusahaan kepada kemudahan pada bahagian hadapan dan belakang platform kami, Shopify ialah platform pilihan untuk perniagaan yang mahu meningkatkan kecekapan operasi mereka.

Lihat penjimatan TCO anda dengan Shopify

Gunakan kalkulator TCO kami untuk mendapatkan pandangan terperinci tentang kos anda berbanding Shopify.
Pergi ke kalkulator

TCO Shopify adalah 31% lebih baik daripada BigCommerce

Berbanding dengan Shopify, BigCommerce mempunyai:

88%

Kos pelaksanaan dan persediaan lebih tinggi secara purata

32%

Fi platform dan kos timbunan e-dagang yang lebih tinggi secara purata

21%

Kos operasi dan sokongan lebih tinggi secara purata

Lebih banyak keupayaan luar biasa

Belanja kurang untuk penuhi keperluan perniagaan

Pelanggan kami boleh mendapatkan ciri penting dengan sedia ada seperti promosi, pembarangan dan analisis. Hal ini bermakna dengan Shopify, anda tidak perlu risau tentang penyesuaian yang memerlukan sokongan pembangun tambahan. Selain itu, anda juga tidak perlu membayar lebih untuk aplikasi, palam masuk atau penyepaduan pihak ketiga bagi memastikan perniagaan anda terus berjalan.

Pelaksanaan lancar

Manfaatkan sebaiknya platform perdagangan anda

Dari segi pelaksanaan, memiliki pasukan yang sedia ada serta mahir adalah penting bagi menjimatkan masa dan wang. Pelanggan Shopify mendapat manfaat daripada sistem bahagian belakang yang mesra pembangun serta akses kepada bakat pembangun yang meluas untuk memenuhi keperluan unik mereka. Inilah sebab utama menyediaan laman kedai baharu di Shopify adalah 36% lebih pantas berbanding BigCommerce serta sebab purata kos pelaksanaan di Shopify adalah lebih baik.

Tingkatkan penukaran

Dapatkan lebih banyak hasil

Kadar penukaran Shopify adalah 12% lebih tinggi daripada BigCommerce, secara purata. Inilah nilai yang akan anda terlepas jika memilih BigCommerce dan bukannya Shopify.

Inovasi berterusan

Kadar inovasi Shopify tiada tandingannya

Sekiranya anda mahu berinovasi, anda perlu menggunakan platform perdagangan yang paling fleksibel di dunia—dan juga yang menawarkan prestasi terbaik. Anda akan mendapat akses pertama kepada produk perdagangan yang paling inovatif di dunia apabila membina perniagaan dengan Shopify.

Pertama

Dalam memasarkan produk, ciri dan penyepaduan asli

200+

Peningkatan dan kemas kini produk

Perdagangan semua dalam satu

Fokus perdagangan berskala besar

Skala sangat penting bagi jenama yang sedang berkembang dan platform tangkas Shopify merangkumi jualan e-dagang, di seluruh dunia. Oleh sebab ciri pembayaran Shopify mampu mengendalikan 40,000 transaksi seminit dengan lancar, kedai anda tidak akan mempunyai masalah mengurus sebarang lonjakan trafik pelanggan secara luar biasa.

Pelaburan Shopify dalam R&D

Kami berpegang teguh pada misi kami untuk menjadikan perdagangan lebih baik untuk semua orang. Shopify telah melaburkan berbilion dalam R&D, manakala BigCommerce telah membelanjakan berjuta-juta. Komitmen kami terhadap inovasi adalah sebab syarikat besar meletakkan kepercayaan mereka kepada Shopify.

Bilion lwn. juta

Shopify melaburkan berbilion dolar dalam R&D untuk menambah baik platform berfokuskan pelanggan kami, sedangkan BigCommerce hanya melaburkan beberapa juta.

Kadar lelaran

Shopify sedang mengubah corak inovasi

Shopify Editions

Shopify mengeluarkan kemas kini inovatif pada kadar yang pantas

Dengan beratus-ratus kemas kini produk baharu setiap tahun—daripada alat untuk menjangkau dan mengekalkan pelanggan, kepada peluang baharu bagi menjual produk anda di pelbagai saluran sosial—kami sentiasa bersedia untuk membantu anda berjaya. Anda boleh melihat senarai komprehensif bagi semua ciri yang telah kami bina dalam Shopify melalui Shopify Editions.

Ke pasaran lebih cepat menggunakan alat pertumbuhan natif

Shopify pantas berinovasi dengan produk natif pada platform ini seperti Shop Pay, aplikasi Shop, Shopify Audiences, SPI, Collabs dan ciri seperti beli sekarang, bayar kemudian—semuanya direka bentuk dengan matlamat untuk meningkatkan kadar penukaran serta menjana lebih banyak hasil untuk perniagaan anda.

Di Shopify, produk sentiasa ditambah baik

Peningkatan berterusan diutamakan di Shopify, terima kasih kepada ribuan jurutera yang mengoptimumkan ciri sedia ada. Sejak tahun 2020, Shopify telah mengeluarkan lebih daripada 800 ciri penting dan penambahbaikan—semuanya didokumenkan dalam log perubahan pembangun.

*Shop Pay tidak tersedia di semua pasaran

Direka bentuk secara intuitif

Automasi dan aliran kerja berkuasa di hujung jari anda

Shopify memperkasakan pengguna anda dengan alat untuk mengoptimumkan bahagian belakang perniagaan melalui Shopify Flow dan Shopify Launchpad. Alat ini direka bentuk untuk mengautomatikkan aliran kerja yang disesuaikan dengan keperluan unik anda dan menjadualkan kempen pemasaran, keluaran produk atau jualan dengan mudah.

Analisis semuanya tanpa kerumitan

Analisis lanjutan Shopify membolehkan anda melihat analisis dalam masa nyata. Ini termasuk alat pertanyaan terbina dalam kawalan pentadbir yang membantu pembangun membuat pertanyaan tersuai dan pasukan anda boleh menggunakannya untuk memenuhi tugasan dipacu data. Penjejakan dipermudah dengan laporan prabina daripada ShopifyQL Notebooks atau Google Analytics, terus pada papan pemuka Shopify.

Pengesahan penganalisis

Pakar telah memberikan pandangan—dan mereka memilih Shopify

2023 Leader in Gartner® Magic Quadrant™
2024 Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™

73%

Syer pasaran Shopify daripada 800 jenama DTC teratas di seluruh dunia

83%

Bilangan jenama pakaian yang semakin meningkat di Shopify, menurut 2PM
Logo GARTNER® MAGIC QUADRANT™

Gartner® Magic Quadrant™

Sekali lagi Shopify menjadi Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024

Shopify meneruskan tradisi kecemerlangan dan inovasi kami dalam perdagangan apabila dinamakan sebagai Peneraju untuk tahun ke-2 berturut-turut dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024.
Baca laporan 

21 Ogos 2023

Logo 2PM

2PM

2PM melaporkan lonjakan jenama yang menggunakan Shopify lwn. BigCommerce

Saluran berita 2PM baru-baru ini telah mengaudit teknologi bagi lebih 60 jenama pakaian yang semakin meningkat dari seluruh dunia. Mereka mendapati bahawa 55 daripada jenama tersebut—atau 83%—menggunakan Shopify, manakala tidak satu pun jenama tersebut merupakan pelanggan BigCommerce.
Baca laporan 

November 2023

Logo IDC

IDC

Shopify dinamakan sebagai Peneraju dalam Landskap Pasaran IDC: Penilaian Vendor Platform Perdagangan Digital B2C Seluruh Dunia untuk Pertumbuhan Pertengahan Pasaran 2023-2024

Ini merupakan penilaian penyelesaian perdagangan untuk peruncit bernilai antara $100 juta hingga $500 juta dan ke atas. Laporan tersebut menyatakan bahawa "Shopify akan menjadi sangat menarik bagi pembeli yang mencari platform perdagangan digital SaaS berbilang penyewa dengan rekod prestasi yang terbukti dalam DTC, ekosistem Pihak ke-3 (3P) yang luas, Kos Pemilikan Menyeluruh (TCO) yang rendah serta pembayaran terbina dalam."
Baca petikan 

31 Januari 2024

Logo Your Basket Is Empty

SUARA TERKEMUKA

Rick Watson mengatakan bahawa masa depan e-dagang terletak di antara Shopify dengan Commercetools

Menerusi audio siar Your Basket Is Empty, Rick Watson meramalkan bahawa Shopify akan terus menjadi penggiat utama dalam dunia e-dagang.
Dengar episod penuh 

4 Oktober 2023

Rakan kongsi migrasi

Sokongan migrasi yang anda perlukan daripada ekosistem rakan kongsi yang terbesar

Ingin bermigrasi daripada BigCommerce? Rakan Kongsi Shopify boleh membantu. Kami mempunyai lebih banyak rakan kongsi global berbanding mana-mana pesaing yang lain—dan ramai daripada mereka pakar dalam membantu pelanggan BigCommerce membuat pertukaran kepada Shopify.

10,000+

Rakan kongsi aplikasi dan teknologi

100+

Rakan Kongsi Aplikasi Bertauliah Shopify Plus

Shopify lwn. BigCommerce

Mahukan hasil yang lebih besar? Bertukarlah kepada Shopify.

Daripada hasil yang lebih tinggi kepada inovasi berterusan, rata-rata pelanggan dan penganalisis bersetuju bahawa Shopify ialah pilihan utama.